Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua ditahan terlibat kegiatan ugut untuk tuntut hutang
Published on: Sunday, June 04, 2023
Published on: Sun, Jun 04, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Dua ditahan terlibat kegiatan ugut untuk tuntut hutang
Semakan rekod jenayah mendapati suspek yang berumur 35 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
SANDAKAN: Polis Sandakan menahan dua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar dan menyimbah cat merah di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt. Mohd Hamizi Halim berkata, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berumur 19 dan 35 tahun itu ditahan di Taman Sejati pada 30 Mei lalu oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sandakan.

Advertisement
Tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada mangsa yang pagar depan rumahnya dikunci serta disimbah cat merah di Taman Bahagia, disyaki perbuatan khianat pada 16 Mei lepas.

“Hasil siasatan mendapati kejadian disyaki dilakukan oleh pemberi pinjaman wang online (Ah Long) yang mahu menuntut hutang daripada mangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pemberi pinjaman wang online mengupah suspek untuk melakukan jenayah ini.

“Suspek mula beroperasi sejak akhir tahun lalu menumpukan mangsa di sekitar daerah Sandakan dan Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Advertisement
Dengan penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes yang dipercayai dilakukan oleh suspek.

Semakan rekod jenayah mendapati suspek yang berumur 35 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Advertisement
Kes disiasat mengikut seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mohd Hazimi menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran skim pinjaman selain dari syarikat perbankan dan meneliti perjanjian sebelum membuat sebarang pinjaman dari Ahlong atau pemberi wang tanpa lesen dan jangan sewenangnya muat turun aplikasi yang mencurigakan.

“Di samping itu, sentiasa menukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet dan media sosial sebagai langkah keselamatan,” ujarnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here