Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Rumah kayu musnah dalam kebakaran
Published on: Sunday, June 04, 2023
Published on: Sun, Jun 04, 2023
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Rumah kayu musnah dalam kebakaran
RUMAH kayu yang terbakar dalam insiden itu.
LAHAD DATU: Kebakaran awal pagi memusnahkan sebuah rumah kayu di Kampung Unta, Jalan Bakawali, di sini pada Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.36 pagi melalui MERS999.

Advertisement
Sepasukan anggota bomba dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu berukuran 25x10 kaki persegi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan berjaya mengawal kebakaran pukul 2.57 pagi dan menamatkan operasi pukul 4.07 pagi selepas memadamkan api sepenuhnya serta memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian,” katanya.

Jabatan itu berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala rumah itu musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

Advertisement
Punca kebakaran serta kerugian sedang disiasat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here