Kota Kinabalu: Keunikan pakaian Kebaya wajar ditonjolkan secara meluas kerana mempunyai ciri unik yang menarik pelancong asing, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Bin Ratib.
Bukan itu sahaja, katanya, Kebaya perlu ditonjolkan secara meluas kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan kepada peniaga dan juga pada masa sama menjana ekonomi mereka yang terlibat dalam bidang ini.
“Kepesatan perkembangan fesyen negara pada masa kini kadangkala menyebabkan masyarakat khususnya generasi muda melupakan pakaian tradisional seperti kebaya yang sepatutnya menjadi lambang kebanggaan dan kemegahan.
Advertisement





