Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiga fokus tingkat tahap keselamatan Esszone: Victor
Published on: Thursday, June 08, 2023
Published on: Thu, Jun 08, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tiga fokus tingkat tahap keselamatan Esszone: Victor
Victor menyampaikan cenderamata kepada Hajiji.
Kota Kinabalu: Meningkatkan tahap penguatkuasaan dan operasi bersepadu, memperhebat risikan dan membina jalinan komuniti merupakan tiga fokus utama yang diberi perhatian bagi meningkatkan tahap keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada masa ini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Victor Sanjos berkata pihaknya sedang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terutama di kawasan perairan  Esszone yang menjadi aktiviti laluan kapal dan perikanan bagi memastikan kawasan itu kekal selamat.

Advertisement
“Operasi bersepadu di laut dan darat juga kita teruskan. Saya juga berhasrat mengkaji dan akan berbincang dengan agensi dalam Esscom di mana tempat paling strategik untuk kita letak agensi atau unit bagi kawalan supaya suatu kawasan itu kekal selamat,” kata Victor pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Komander Esscom daripada DCP Mohd Ali Tamby kepada beliau di sini pada Rabu.

Majlis itu disaksikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Ali akan menjawat tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa 3 Julai ini, jawatan yang sebelum ini disandang Victor.

Victor, yang berasal dari Apin-Apin Keningau, berkata pihaknya juga akan berusaha menerapkan penggunaan teknologi terkini antaranya teknologi dron serta kamera keselamatan bagi penguatkuasaan dan pelaksanaan aktiviti keselamatan dalam kawasan  Esszone.

Advertisement
Beliau berkata bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan berkesan, Esscom perlu memperhebat aktiviti risikan terutama di kawasan Esszone bagi memastikan tiada kegiatan jenayah berleluasa.

“Risikan ini memerlukan kolaborasi semua peringkat perisikan sama ada di dalam atau luar negara. Tanpa maklumat daripada sumber risikan ini, kita mungkin akan gagal (mengawal keselamatan), jadi kita perlu perhebat risikan ini,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, Victor menegaskan kepentingan Esscom membina hubungan erat dengan komuniti setempat dalam kawasan  Esszone kerana komuniti memainkan peranan penting antaranya sebagai mata dan telinga bagi mencegah jenayah dalam kawasan itu.

“Komuniti juga mempunyai tanggungjawab yang kita gemblengkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Dr Jamaluddin Mohd Ali, jadi kami akan bersama merancang pelbagai strategi dan program kemasyarakatan terutama dalam menyantuni serta mendekati masyarakat dalam Esszone,” katanya.

Ditanya tentang ancaman pengganas dihadapi Esscom terutama pengganas Sulu yang pernah menceroboh negara di Lahad Datu pada 2013, Victor berkata Esscom dan pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi semua jenis ancaman kepada negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here