Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
PBS masih relevan perjuangkan hak orang Sabah: Joachim
Published on: Thursday, June 08, 2023
Published on: Thu, Jun 08, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
PBS masih relevan perjuangkan hak orang Sabah: Joachim
DR Joachim (kiri) dan Sharol merakamkan gambar kenangan bersama perwakilan yang hadir pada AGM tersebut.
TAWAU: Perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) masih relevan dalam memperjuang dan mempertahankan hak-hak orang Sabah, kata Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

 Justeru, beliau menyeru semua ahli parti untuk terus bekerja keras bagi memastikan parti terus kuat dalam perjuangan untuk Sabah dan rakyatnya.

Advertisement
“Kita perlu bekerja keras untuk menambah keahlian baharu dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan PBS, termasuk di daerah ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-38 PBS Bahagian Sebatik  di Kg Murut, Ulu Kalabakan, pada 3 Jun lalu.

Sempena mesyuarat itu, Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menerima keahlian baharu PBS seramai 661 orang masing-masing daripada cawangan Jalan Polis (70 orang), Jalan Masjid (102 orang), Kg Mangga (90 orang) dan Pintu Gerbang (100 orang).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut menyerahkan borang keahlian adalah 110 orang daripada cawangan Jalan SK Kalabakan, Jalan Atas Bukit Kalabakan (89 orang) dan Kg Ulu Murut Kalabakan (100 orang).

Beliau berkata, PBS bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan keyakinan Ibu Negara baharu Indonesia di Kalimantan, Nusantara akan memberi impak signifikan kepada rakyat di kawasan Sebatik dan seluruh Tawau, termasuk Ulu Kalabakan dalam aspek pembangunan.

“Landskap ekonomi seluruh daerah ini akan berubah dan ahli-ahli PBS di sini perlu mengambil peluang ini untuk memajukan diri, keluarga dan parti,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Advertisement
Hadir sama, Ketua Bahagian PBS Kadamaian, Demis Rumanti; Naib Exco Pergerakan Pemuda, Shahrun Nidzam Sharoom; Setiausaha PBS Kundasang, Japli Sami dan Ketua Bahagian Sebatik, Sahrol Mahoolop.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here