Kota Kinabalu: Seorang lelaki didakwa menyebabkan kecederaan kepada anak lelakinya dengan menggunakan pisau.
Osman Donato mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas pertuduhan terhadapnya.
Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman terhadap Osman ke 15 Jun tahun ini kerana mahkamah mahu memanggil mangsa (anak) ke mahkamah untuk memberikan keterangannya.
Osman didakwa menyerang Mohd Fezil Osman Abdullah dengan menggunakan pisau itu pada jam 1 pagi 28 Mei tahun ini di Mondikot Deer Camp di Papar.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dengan denda atau sebat, atau mana-mana daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Sementara menunggu tarikh itu, Osman diperintah reman lanjut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang manakala Osman tidak diwakili peguam.