Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Juruteknik miliki syabu, Etizolam didenda RM5,800
Published on: Thursday, June 08, 2023
Published on: Thu, Jun 08, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Juruteknik miliki syabu, Etizolam didenda RM5,800
Pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang juruteknik didenda RM5,800 oleh Mahkamah Majistret pada Rabu atas dua pertuduhan memiliki syabu dan Etizolam.

Lim Tieng Fung, 40, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana melakukan kesalahan itu pada jam 1 pagi 5 Jan tahun ini di tempat letak kereta di Penampang Baru, Penampang.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Lim diperintah membayar denda RM3,000 atau penjara lapan bulan kerana memiliki 17.91 gram syabu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, Lim didenda RM2,800 atau penjara lapan bulan kerana memiliki 2.16 gram Etizolam yang disenaraikan dalam jadual ketiga (bahan psikotropik) Akta Racun 1952.

Dia didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun yang boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Lim, memohon hukuman ringan kerana dia bujang dan bekerja sebagai juruteknik.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 37 tahun didenda RM100 atau penjara sehari kerana secara menipu mempunyai RM2,511.12 dalam akaun banknya empat tahun lalu.

Advertisement
Lee Wai Jack mengaku mempunyai wang itu dalam akaun banknya, di mana dia gagal memberikan penjelasan memuaskan tentang cara dia memperolehnya pada Jun 2019, di sini.

Di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil, kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here