Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Budak Pitas cedera teruk diserang tujuh anjing
Published on: Thursday, June 08, 2023
Published on: Thu, Jun 08, 2023
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Budak Pitas cedera teruk diserang tujuh anjing
Budak itu cedera di seluruh badan, kepala dan leher. (Gambar media sosial)
PITAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera seluruh badan, leher dan kepala akibat diserang sekumpulan tujuh ekor anjing liar di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku pada jam 6.05 pagi di sebuah kawasan lapang, Jalan Mempakad Laut, Pitas.

Advertisement
Zairol berkata, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat banyak kesan gigitan dan cakaran anjing di seluruh anggota badan, bagaimanapun mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas.

Menurut Zairol, siasatan yang diperoleh daripada saksi kejadian mendapati anjing yang menyerang mangsa merupakan anjing liar yang sering berkeliaran di kawasan tersebut, namun difahamkan kejadian anjing liar menyerang manusia merupakan kejadian pertama kali berlaku di sana.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here