Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemandu rogol remaja hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat
Published on: Friday, June 09, 2023
Published on: Fri, Jun 09, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pemandu rogol remaja hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat
Hukuman berat juga wajar dikenakan sebagai pengajaran ke atas tertuduh yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa selain faktor trauma dialami mangsa kerana dirogol berkali-kali sehingga melahirkan bayi.
TAWAU: Seorang pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan dikenakan lima sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, sehingga melahirkan seorang bayi perempuan pada 13 Mac lepas.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, 25, yang juga sepupu kepada ibu mangsa mengaku salah merogol mangsa di bilik tidur sebuah rumah di kawasan perumahan di sini, di antara jam 2 hingga 3 pagi pada Julai hingga Ogos tahun lalu.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 15 Mac 2023.

Berdasarkan fakta kes, pada 13 Mac jam 3.45 petang, mangsa dibawa ke hospital oleh neneknya selepas mengadu sakit perut dan pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengandung 36 minggu dan selamat melahirkan bayi perempuan jam 7.15 malam hari sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mangsa kemudian mendedahkan dia dirogol oleh tertuduh yang tinggal sebumbung di rumah neneknya. Tertuduh ditangkap pada 15 Mac lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain tahap keseriusan kes.

Advertisement
“Hukuman berat juga wajar dikenakan sebagai pengajaran ke atas tertuduh yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa selain faktor trauma dialami mangsa kerana dirogol berkali-kali sehingga melahirkan bayi.

“Malah tertuduh sedikitpun tidak menunjukkan perasaan insaf atau menyesal atas perbuatannya semasa diberi peluang membuat rayuan,” tegasnya.

Advertisement
Tertuduh yang tidak diwakil peguam didakwa di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here