Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penagih syabu kena 6 tahun, satu sebatan
Published on: Friday, June 09, 2023
Published on: Fri, Jun 09, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penagih syabu kena 6 tahun, satu sebatan
Awang Hasshim mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah itu. Kesalahan mengikut Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.

Awang Hasshim Ag Tahir @ Pg Tahir didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz bagi pertuduhan terhadapnya selepas perbicaraan penuh.

Advertisement
Dia didapati mengambil dadah itu pada 31 Ogos 2020 selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis Beaufort.

Awang Hasshim mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah itu. Kesalahan mengikut Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan Awang Hasshim menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap.

Selepas menamatkan hukuman penjara itu, Awang Hasshim diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Advertisement
Sementara itu, seorang wanita didakwa memasuki negeri ini secara haram.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Norsidah Marcholel sementara menunggu ketersediaan jurubahasa Bajau.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan untuk merekodkan pengakuan daripada Norsidah.

Sementara menunggu tarikh itu, Norsidah diperintah direman mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here