Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua dalam keadaan kritikal: 20 pelajar di Pitas keracunan metanol
Published on: Saturday, June 10, 2023
Published on: Sat, Jun 10, 2023
By: Hayati Dzulkifli, Patimang Abdul Ghani dan Aishah Abdullah
Text Size:
Text:
Dua dalam keadaan kritikal: 20 pelajar di Pitas keracunan metanol
Sebahagian daripada mangsa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Pitas, baru-baru ini.
PITAS: Seramai 20 lelaki dari sebuah sekolah menengah di sini berumur antara 13 dan 17 tahun dimasukkan ke hospital di sini termasuk dua dalam keadaan kritikal yang dimasukkan ke hospital kerajaan di Ibu Negeri kerana keracunan hidrokarbon (spirit).

Mereka yang tinggal di asrama sekolah itu disyaki menghasilkan minuman yang mempunyai kesan sama seperti alkohol dengan mencampurkan spirit (dalam bentuk cecair) dengan sejenis minuman berkarbonat dan meminumnya yang menyebabkan 20 pelajar itu mengalami pelbagai gejala.

Advertisement
Daripada 20 pelajar itu, enam pelajar Tingkatan 5, dua pelajar Tingkatan 4, empat pelajar Tingkatan 3, dua pelajar Tingkatan 2 dan enam pelajar Tingkatan 1.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr Asits Sanna berkata berdasarkan siasatan awal menunjukkan kesemua mangsa mempunyai sejarah mengambil minuman berkarbonat yang dicampur dengan spirit (bentuk cecair) dipercayai mengandungi metanol pada 6 Jun jam 2.30 petang di Pitas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata amaran terawal kes itu ialah pada Selasa (6 Jun) jam 8 malam manakala yang terakhir pada Khamis (8 Jun) jam 6.30 petang.

“Daripada 20 orang itu, lapan kes (40 peratus) mengalami simptom seperti lemah badan, sakit perut, muntah, penglihatan kabur dan pening manakala 12 kes lagi (60 peratus) tidak mengalami sebarang gejala.

Advertisement
“Semua kes telah mendapat rawatan awal di hospital daerah Pitas. Daripada lapan kes bergejala, dua kes didapati semakin merosot dan memerlukan bantuan pernafasan, dan masing-masing dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan ICU Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE). 2) pada Khamis (8 Jun).

“Lima lagi kes dihantar ke HQE pada hari yang sama untuk rawatan lanjut dan satu kes masih dirawat di Hospital Pitas.

Advertisement
“Manakala 12 kes yang tidak menunjukkan gejala serius telah dimasukkan ke wad Hospital Pitas untuk pemantauan dan rawatan lanjut,” kata Dr Arsit dalam satu kenyataan di sini menerusi Facebook di bawah akaun rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) pada Jumaat.

Beliau berkata sampel berkaitan diambil untuk mengesahkan kehadiran metanol termasuk darah, air kencing dan sampel spirit. Punca kejadian masih dalam siasatan, tambahnya.

Beliau berkata metanol adalah sejenis alkohol yang biasa digunakan sebagai pelarut organik.

Botol mengandungi spirit yang dipercayai digunakan pelajar-pelajar terbabit untuk dicampur dengan minuman berkarbonat.

Beliau berkata metanol juga dikenali sebagai alkohol metil, alkohol kayu, atau spirit. Pada suhu bilik, metanol ialah cecair ringan, tidak menentu, tidak berwarna, mudah terbakar dengan bau unik yang sedikit manis dan lebih lembut berbanding etanol (minuman alkohol).

“Selain sebagai pelarut organik, dalam dunia perindustrian, metanol juga digunakan sebagai penyejuk antibeku, cecair pencuci cermin kereta, cecair karburetor, pelarut cat, varnis, bahan api dan sebagai bahan tambahan untuk industri etanol.

“Keracunan metanol boleh berpunca daripada penyalahgunaan metanol sebagai bahan dalam minuman beralkohol. Seseorang yang mengalami keracunan metanol mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala dari satu hingga 72 jam selepas pengambilan.

“Gejala akan muncul lebih cepat jika metanol diminum dalam kuantiti yang banyak dan lebih perlahan jika diminum dalam kuantiti yang sedikit atau diminum bersama etanol,” kata Dr Asits.

Susulan itu, beliau berkata jabatan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil atau mengeluarkan minuman beralkohol yang menyalahi undang-undang dan tercemar.

“Jika anda mengalami tanda-tanda keracunan metanol seperti sakit perut, muntah, sakit kepala atau penglihatan kabur selepas mengambil minuman beralkohol, sila dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat.

“Jabatan akan sentiasa memantau keadaan mangsa dan akan bekerjasama dengan pihak sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Pitas untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Zairolnizal Ishak mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian keracunan hidrokarbon (spirit) membabitkan 20 pelajar sebuah sekolah menengah di sini.

Beliau berkata hasil temu bual dengan saksi dalam kalangan pelajar yang dirawat di hospital itu menyatakan seorang daripada pelajar itu telah membeli sebotol minuman berkabonat dan dua botol spirit (cecair) dari sebuah kedai berhampiran sekolah itu pada Rabu kira-kira jam 1 tengah hari, dengan tujuan untuk mencampurkan kedua-duanya bagi mendapatkan kesan sama seperti alkohol. Pada pukul 2 petang, Zairolnizal berkata dua daripada pelajar itu telah mencampurkan cecair spirit dengan minuman berkarbonat dan minum beramai-ramai di bilik asrama.

Mereka mendapat idea untuk membancuh minuman itu daripada salah seorang daripada mereka.

“Sejurus selepas meminum bancuhan itu, tiga pelajar mengalami sakit perut dan mengadu tidak sihat kepada warden asrama yang membawa mereka ke Klinik Komuniti Pinggan-Pinggan untuk pemeriksaan dan rawatan. “Kemudian mereka dibenarkan pulang dan diminta datang semula ke klinik sekiranya simptom mereka semakin teruk.

“Pada Khamis (8 Jun) kira-kira jam 6.30 pagi, kes pertama dibawa ke unit kecemasan Hospital Pitas membabitkan dua pelajar yang mengalami kekejangan otot, tercungap-cungap dan bacaan GCS menjadi sangat lemah dan dirawat melalui intubasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut Zairolnizal, berdasarkan keterangan Pegawai Perubatan, pihak hospital pada awalnya mengesyaki simptom tersebut adalah mabuk metanol daripada sebarang cecair alkohol.

Bagaimanapun, katanya kes itu diklasifikasikan sebagai keracunan hidrokarbon (spirit) kerana ia berasaskan petroleum selepas dapat mengesan botol spirit yang diberikan mangsa.

“Siasatan kami juga menunjukkan seorang saksi yang merupakan pekerja pasar raya mengesahkan ada seorang pelajar datang ke kedai berkenaan ingin membeli cecair spirit itu. Pelajar itu turut membeli sebotol minuman berkabonat berserta dua botol spirit.

“Setakat ini tiada bukti yang boleh mengaitkan kes itu dengan sebarang unsur jenayah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here