Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki tular mengamuk dalam restoran dicekup
Published on: Saturday, June 10, 2023
Published on: Sat, Jun 10, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Lelaki tular mengamuk dalam restoran dicekup
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki mengamuk sehingga melempar bungkusan nasi dan air panas di sebuah restoran di Subang Jaya.
PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas videonya mengamuk serta membaling bungkusan makanan dan minuman di sebuah restoran di Subang Jaya Ahad lalu tular di media sosia.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki berusia 50 tahun ditahan jam 1 pagi tadi di Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor.

Advertisement
Beliau berkata penahanan lelaki itu berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang wanita pada Selasa lalu setelah mendapati insiden suspek mengamuk tular di media sosial.

“Dalam video berkenaan, kira-kira 9 pagi, semasa pengadu bersama pekerja sedang melayan pelanggan di sebuah restoran, seorang lelaki iaitu suspek secara tiba-tiba bertindak agresif.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Lelaki itu menjerit dan membaling bungkusan makanan serta air minuman panas ke dalam kedai dan terkena anak pengadu yang berumur empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Wan Azlan berkata hasil siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja itu turut mempunyai lima rekod berkaitan jenayah.

Advertisement
Suspek kini direman sehingga 14 Jun depan bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan menggunakan kekerasan jenayah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here