Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
6 hari hidup di hutan kerana tertekan, lelaki akhirnya diselamatkan bomba
Published on: Saturday, June 10, 2023
Published on: Sat, Jun 10, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
6 hari hidup di hutan kerana tertekan, lelaki akhirnya diselamatkan bomba
Mangsa diselamatkan bomba selepas pasukan mencari membuat membuat pencarian awal di kawasan hutan dan dijumpai 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer. (Gambar Bomba)
IPOH: Seorang lelaki yang memasuki kawasan hutan selama enam hari akibat tekanan kerja diselamatkan bomba setelah mangsa menghubungi talian kecemasan awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihak bomba menerima panggilan pada 11.44 malam tadi dan bergegas ke lokasi yang dimaklumkan mangsa.

Advertisement
Katanya, Mohamad Suhairy Mohamed, 41, menaiki bas dari Kuala Lumpur pada 3 Jun lalu menuju ke Terminal Amanjaya disebabkan tekanan di tempat kerja dan mengambil keputusan untuk hidup di dalam hutan.

Bagaimanapun katanya, akibat lapar dan tersesat, mangsa mengambil keputusan menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa memakai baju berwarna oren, berseluar jeans biru dapat dihubungi melalui telefon tetapi tiada rangkaian Internet.

“Mangsa memasuki hutan melalui PPU TNB berhampiran Jabatan Audit Negara, dan ketika sampai di lokasi kejadian, komander operasi telah menghubungi mangsa dan mangsa memaklumkan dia mendengar kehadiran jentera bomba dari dalam hutan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisement
Katanya, komander operasi kemudian mengarahkan anggota bertugas membuat pencarian awal di kawasan hutan dan mangsa dijumpai pada 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here