Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tun Juhar puji komitmen, persediaan TH urus jemaah haji
Published on: Sunday, June 11, 2023
Published on: Sun, Jun 11, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tun Juhar puji komitmen, persediaan TH urus jemaah haji
Tun Juhar turut mengingatkan jemaah haji untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri sepanjang berada di Tanah Suci, selain digalakkan keluar secara berkumpulan dan sentiasa memakai kad pengenalan diri yang dibekalkan TH demi menjaga keselamatan diri. - Gambar fail Bernama
Kota Kinabalu: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memuji komitmen serta persediaan dilakukan Tabung Haji (TH) dalam mengekalkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan untuk jemaah haji negara termasuk dari negeri ini.

Tun Juhar berkata kerajaan negeri dan TH sentiasa mengambil berat tentang kebajikan jemaah haji menerusi penganjuran pelbagai kursus, selain turut menyediakan perkhidmatan serta kemudahan infrastruktur yang baik di tanah air dan sepanjang berada di Tanah Suci.

Advertisement
Beliau berkata jemaah haji juga tidak perlu bimbang dan hanya perlu mempunyai niat ikhlas untuk melaksanakan ibadah haji dengan sempurna serta memastikan semua nasihat dan arahan TH dipatuhi.

“Saya mengucapkan syabas kepada Tabung Haji serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam operasi haji tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya berharap Tabung Haji akan meneruskan usaha memantapkan sistem pengurusan haji agar sentiasa pada tahap cemerlang dan terus kekal menjadi contoh kepada negara Islam lain di seluruh dunia,” katanya berucap pada Majlis Pelepasan Jemaah Haji Sabah Musim Haji 1444H di sini, Sabtu.

Turut hadir, isteri beliau Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Advertisement
Seramai 142 jemaah haji yang merupakan kumpulan pertama jemaah haji dari Sabah, berlepas ke Kuala Lumpur petang tadi sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci malam ini.

Tun Juhar meminta jemaah haji untuk sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negeri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.

Advertisement
Sementara itu, Mohd Na’im dalam ucapannya berkata seramai lebih 31,000 jemaah haji Malaysia telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini dengan 1,079 daripadanya jemaah dari Sabah.

Beliau turut mengingatkan jemaah haji untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri sepanjang berada di Tanah Suci, selain digalakkan keluar secara berkumpulan dan sentiasa memakai kad pengenalan diri yang dibekalkan TH demi menjaga keselamatan diri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here