BEAUFORT: Lereng bukit di Batu 60 runtuh dan hampir menimbus sebelah kiri jalan, Sabtu.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Albert berkata, kejadian yang terletak berhampiran sebuah kuari itu berlaku sebelum tengah hari, apabila batu besar tiba-tiba bergolek dan menyebabkan tanah runtuh.
Beliau berkata memandangkan kejadian itu berlaku berhampiran kuari, pihak berwajib perlu memantau kawasan itu dari sebarang potensi bahaya.
“Nasib baik ketika itu tiada kenderaan atau penduduk kampung yang lalu lalang kerana runtuhan itu boleh menyebabkan kemalangan,” katanya kepada Daily Express, Sabtu.
Tambah Albert, kejadian itu juga berpunca daripada kecuaian dan pembersihan tanah yang tidak betul tanpa memikirkan akibatnya.
“Kita minta Jabatan Kerja Raya mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan jalan itu dapat dibaiki,” katanya.