Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mayat lelaki hilang, dikhuariti lemas di Sg Melayu ditemui
Published on: Sunday, June 11, 2023
Published on: Sun, Jun 11, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Mayat lelaki hilang, dikhuariti lemas di Sg Melayu ditemui
MAYAT mangsa dibawa ke PHC untuk pengecaman.
TAWAU: Mayat seorang lelaki yang hilang dan dikhuatiri lemas dalam insiden bot karam di perairan Sg Melayu, Pulau Sebatik pada Jumaat, ditemui sekitar jam 7.30 pagi Sabtu – hari kedua Ops Carilamat dilancarkan.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahim Kasil, ditemui penduduk setempat di muara Sg Pukul, Pulau Sebatik.

Advertisement
Menurutnya, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Carilamat digerakkan ke lokasi penemuan bagi membawa mayat mangsa ke Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) untuk pengecaman, susulan makluman penemuan mayat tersebut.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada Jumaat berikutan bot dinaiki pasangan suami isteri karam selepas berlanggar dengan objek tenggelam seterusnya hilang kawalan dan merempuh kawasan bakau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mangsa dan isterinya, Nurlina Aripin, 52, dipercayai terjatuh ke dalam laut akibat perlanggaran tersebut.

Bagaimanapun, katanya, isteri mangsa berjaya diselamatkan penduduk setempat dan dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kaki, dipercayai terkena kipas enjin.

Advertisement
Amiludin berkata, Ops Carilamat yang dikoordinasikan Maritim Malaysia turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta komuniti setempat ditamatkan jam 8.30 pagi.

Sementara itu, beliau mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca buruk semasa menjalankan aktiviti di laut dan sentiasa menggunakan jaket keselamatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here