Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Persatuan pengguna sambut baik subsidi, kawalan harga ayam dan telur diteruskan
Published on: Wednesday, June 14, 2023
Published on: Wed, Jun 14, 2023
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Persatuan pengguna sambut baik subsidi, kawalan harga ayam dan telur diteruskan
David turut meminta agensi berkaitan agar melaksanakan segera usaha menambah bekalan telur dan ayam di negara ini melalui pelbagai perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
Kota Kinabalu: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyambut baik keputusan kerajaan meneruskan pemberian subsidi serta kawalan harga ayam dan telur di negara ini.

Presidennya, David Chan berkata, pengumuman itu memberi kelegaan kepada pengguna dan peniaga ekoran masalah bekalan dan harga pasaran yang masih tidak menentu membabitkan kedua-dua barangan berkenaan.

Advertisement
Menurut beliau, persatuan merakam terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan mengenai isu bekalan berkenaan dalam kalangan rakyat.

“Kita menyambut baik dan amat berterima kasih di atas pemberian subsidi berkenaan yang disambung bermula 1 Julai ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Subsidi itu amat penting memandangkan harga ayam dan telur masa kini masih tidak menentu.

“Kita bimbang harga itu akan terus meningkatkan dalam keadaan nilai ringgit yang masih lemah selain kebergantungan kepada makanan ayam dari luar negara,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini, Isnin.

Menurut David, rakyat hari ini khususnya golongan B40 masih bergantung kepada sumber telur dan ayam sebagai makanan harian dan pastinya akan membebankan mereka jika harganya diapung kepada pasaran bebas.

Advertisement
Katanya, selain itu, peniaga produk ayam dan telur juga bakal terbeban untuk beroperasi dan terpaksa menaikkan harga jualan mereka sekali gus menjejaskan jualan.

“Hari ini sumber telur dan ayam amat rapat dengan kehidupan kita, dan kita bimbang jika tidak dikawal harganya akan menyebabkan banyak pihak terjejas.

“Kita masih berdepan dengan pelbagai isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup. 

“Kita berharap dengan usaha kerajaan itu sedikit sebanyak dapat membantu rakyat menjalani hidupan harian,” tambah beliau.

Dalam pada itu, David turut meminta agensi berkaitan agar melaksanakan segera usaha menambah bekalan telur dan ayam di negara ini melalui pelbagai perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

Katanya, syarikat-syarikat tempatan seharusnya berganding bahu menghasilkan makanan ayam tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import dari negara luar.

“Kita percaya dengan memperkasa program meningkatkan sumber dan bekalan makanan sahaja kita dapat mengatasi isu kenaikan harga sekali gus mengurangkan kos sara hidup dan bebanan rakyat,” tegas beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here