Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Air tingkat usaha selenggara aset di Luyang, Sandakan
Published on: Wednesday, June 14, 2023
Published on: Wed, Jun 14, 2023
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Jabatan Air tingkat usaha selenggara aset di Luyang, Sandakan
JURUTEKNIK cawangan Jabatan di Sandakan sedang mengorek untuk mencapai paip air di bawah tepi Jalan Cecily.
JABATAN Air akan meningkatkan usaha untuk menyelenggara pepasangan perkhidmatannya sebuah kejiranan Luyang dan satu bahagian di Sandakan, berikutan maklum balas mengenai bekalan tidak menentu di lokasi pertama dan kemungkinan berlakunya pembaziran di sepanjang tepi jalan di lokasi kedua.

Seorang pengguna di Luyang, yang menerima bekalan tidak menentu, mengeluh mengenai ketidakmampuannya untuk melakukan sebarang kerja rumah apabila paip di rumahnya mengering hampir sepanjang hari.

STAF Jabatan memastikan penderia bagi panel kawalan berfungsi.

Advertisement
Seorang pemandu kereta di Sandakan, sebaliknya, mendapat tanggapan mungkin berlakunya kebocoran air terawat yang mengalir ke satu jalan berhampiran bandar kerana asfalt di situ kerap lembap.

Mereka memberikan Hotline butiran berkaitan, termasuk nama-nama jalan di mana masalah ini berlaku. Maklumat ini diserahkan kepada agensi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jurucakap Jabatan berkata masalah dengan panel kawalan di rumah pamnya di Muzium Negeri merupakan punca bekalan tidak menentu yang dialami oleh mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar Jalan Kebajikan.

PAM dan kelengkapan lain diselenggara mengikut jadual tetap.

Dia berkata perkara itu terbongkar apabila kakitangannya memeriksa mekanisme di dalamnya, selepas dihubungi media.

Advertisement
“Juruteknik kami mendapati salah satu starter tidak berfungsi dan menggantikannya serta-merta, sebelum mengeset semula panel kawalan itu,” katanya.

“Komponen ini berkemungkinan telah rosak akibat lonjakan kuasa tidak dijangka dan, disebabkan ia tidak berfungsi sebagaimana yang patut, pam utama mungkin turut terjejas.”

RUMAH pam ini memberi perkhidmatan kepada pengguna di sekitar Jalan Kebajikan di Luyang.

Advertisement
Dia menjelaskan bahawa pepasangan itu mempunyai satu lagi pam sebagai sokongan.

Jurucakap itu berkata, sejak itu kakitangan Jabatan diarahkan untuk meningkatkan pemeriksaan ke atas rumah pam ini bagi mengelakkan masalah ini berulang.

“Mereka diminta untuk berhati-hati terhadap sebarang gangguan kuasa yang berlaku di sekitar kawasan Muzium, kalau-kalau pam utama tidak hidup secara automatik dan perlu diaktifkan semula secara manual.”

Ketika ditanya berapa kerap peralatan di dalamnya diselenggara, dia berkata ini dilakukan mengikut jadual tetap.

“Pam diperiksa dua atau tiga bulan sekali. Penyelenggaraan berkala ini adalah untuk memastikan bahawa panel kawalan, termasuk penderia automatik, berfungsi sebagaimana yang patut.

JABATAN meminta kakitangannya supaya lebih prihatin terhadap keadaan pelbagai mekanisme di dalam rumah pam.

“Komponen untuk pam juga digris jika dan apabila ini diperlukan.”

COREY, yang tinggal di sepanjang Lorong Budaya, berkata ini bukan kali pertama dia mengalami masalah air di Taman BPL Fasa 1.

“Bekalan saya tidak menentu sejak beberapa bulan lalu, apabila saya tidak mendapat setitikpun selama berjam-jam,” katanya.

“Bekalan saya terhenti antara jam 8–8.30 pagi, kebanyakan masanya. Bekalan akan pulih selepas jam 4 petang pada waktu-waktu ini, tetapi akan hilang lagi tiga jam kemudian.”

Dia mengesyaki bekalan itu pulih semula selepas tengah malam, selepas dia tidur.

KELEMBAPAN di bahu jalan dan asfalt menyebabkan sesetegah pihak tertanya-tanya jika ada pembaziran air terawat di sini.

Jurucakap itu berkata kakitangan agensi itu pergi ke jalan perumahan tersebut, di mana pengguna tinggal, selepas mendapat tahu mengenai masalah airnya.

“Mereka membuang sebarang kunci udara di dalam paip utama menuju ke meternya dan memeriksa tekanan air,” katanya.

“Mereka mendapati kekuatan dan kualiti bekalan boleh diterima pada masa itu.”

Sementara itu, Jabatan meredakan kebimbangan bahawa air terawat dibazirkan di satu bahagian Jalan Cecily di Sandakan, dengan mengatakan bahawa kakitangannya tidak menemui sebarang bukti kebocoran di kawasan itu.

Jurucakap lain berkata, juruteknik agensi itu memeriksa keadaan paip utamanya di sana, dua hari selepas mendapat tahu mengenai kelembapan di jalan raya itu.

“Mereka mengorek sehingga paip utama di bawah tepi jalan itu tetapi gagal menemui apa-apa yang tidak kena,” katanya.

“Paip UPVC empat-inci di bawahnya masih utuh dan tidak rosak.”

Dia berkata pasukan dari bahagian Kualiti Jabatan kemudian mengambil sampel cecair di bahu jalan itu.

“Larutan kimia telah dicampurkan kepada sampel ini tetapi ia tidak berubah warna seperti yang akan berlaku jika klorin hadir. Dengan itu, cecair ini tidak tidak mungkin air terawat.

“Kami mengesyaki ia mungkin air graviti yang mengalir menuruni cerun yang menghadap ke jalan raya kerana terdapat sebuah kampung di atas cerun itu.”

Ketika ditanya sama ada Jabatan tahu bahawa permukaan jalan itu basah, jurucakap itu berkata ia mula mendapat tahu mengenai keadaan ini daripada media.

“Semakan rekod kami menunjukkan, sebelum ini tiada sesiapa yang melaporkan perkara ini kepada kami,” katanya.

“Orang ramai harus memaklumkan kepada kami mengenai sebarang masalah membabitkan pepasangan kami, dan memberikan kami maklumat diperlukan, supaya tindakan boleh diambil untuk menangani perkara tersebut secepat mungkin.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here