SANDAKAN: Polis Sandakan menafikan kesahihan satu rakaman video yang telah tular baru-baru ini yang dikatakan memaparkan aksi penggambaran filem lucah dilakukan di tepi pantai di daerah ini.
Dalam rakaman video yang telah tular tersebut, aksi penggambaran lucah dilakukan di tepi pantai menunjukkan latarbelakang monumen bersejarah di Sandakan iaitu Batu Sapi.
Polis berkata mereka telah menyiasat perkara tersebut dan mengesahkan perkara itu tidak berlaku di Batu Sapi.