Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Video penggambaran filem lucah bukan di Batu Sapi: Polis
Published on: Friday, June 16, 2023
Published on: Fri, Jun 16, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Video penggambaran filem lucah bukan di Batu Sapi: Polis
TANGKAP layar video itu yang menunjukkan bongkah batu menyerupai Batu Sapi.
SANDAKAN: Polis Daerah di sini menafikan kesahihan satu rakaman video mengenai aktiviti penggambaran filem lucah, yang didakwa berlaku di tepi pantai di daerah ini.

Dalam rakaman video yang tular itu, aksi penggambaran filem lucah itu didakwa dilakukan di tepi pantai berlatarbelakangkan monumen bersejarah Batu Sapi.

Advertisement
Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, bagaimanapun berkata pihaknya telah menyiasat perkara tersebut dan mengesahkan perkara itu tidak berlaku di Batu Sapi.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan rakaman video lucah tersebut serta tidak menyimpan sebarang video lucah kerana ianya menyalahi undang-undang di negara ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Orang awam yang didapati melanggar undang-undang ini boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang lokasi kejadian dalam video itu boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Sementara itu, beberapa penduduk Sandakan yang melihat rakaman itu juga percaya ianya telah disunting kerana kedudukan sebenar monumen Batu Sapi bukan di tengah laut tetapi di tepi pantai.

Mereka juga mendakwa keadaan sebenar pantai di sekeliling monumen itu tercemar dengan sampah sarap dan bukan seperti yang kelihatan di dalam video yang tular itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here