Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ibu bapa minta bantuan bebaskan anak terlibat dadah. Salah dan melanggar undang-undang: Ellron
Published on: Friday, June 16, 2023
Published on: Fri, Jun 16, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
Ibu bapa minta bantuan bebaskan anak terlibat dadah. Salah dan melanggar undang-undang: Ellron
ELLRON (ketiga, kiri) merasmikan karnival, disertai oleh (dari kanan) Sabdin, Johari, Melitus dan Harry.
KENINGAU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin berkata tindakan sesetengah ibu bapa yang meminta pembebasan anak mereka yang ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dengan dadah, adalah salah dan melanggar undang-undang.

“Daripada pengalaman saya sebagai wakil rakyat, ada ibu bapa yang mengadu kepada saya meminta bantuan supaya anak-anak mereka yang ditahan dibebaskan.
Advertisement
“Tindakan ini tidak betul kerana Kerajaan sememangnya sedang berusaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Bukan saya tidak mahu membantu, tetapi jika saya lakukan, bermakna saya juga akan melanggar undang-undang. Undang-undang untuk itu (dadah) sudah ada. Apa lagi kita dapat bantu? Bantuan itu sebenarnya sudah ada di pusat pemulihan pusat, dan sebab itu ibu bapa perlu berfikir untuk kebaikan anak-anak kita,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Karnival PPDa Cerna Minda Jaguh peringkat negeri bagi zon 1 di SMK Keningau di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, begitu juga mereka tidak seharusnya menyelamatkan anak-anak mereka jika ditangkap dan dihantar ke pusat pemulihan. Biarkan mereka di sana supaya anak-anak tahu dan sedar tentang bahaya dadah, tambahnya.

Advertisement
Ellron berkata, ibu bapa tidak harus berasa malu sekiranya anak mereka ditangkap. Beliau percaya ibu bapa tidak mahu anak mereka terlibat dengan dadah ini, maka sudah tiba masanya ibu bapa memberi kerjasama kerajaan, khususnya pihak berkuasa untuk bersama-sama membanteras penyalahgunaan dadah.

Pada masa sama, beliau yang juga Adun Sook menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa berwaspada dan memantau pergerakan anak-anak, terutamanya dengan memastikan dengan siapa anak mereka berkawan.

Advertisement
“Alangkah baiknya jika anak-anak ini tidak terlibat dengan dadah dan kita boleh menggunakan kemahiran mereka untuk membangunkan negara kita, selain mereka adalah pemimpin masa depan yang akan menggantikan kita,” katanya.

Ellron turut mengingatkan pelajar bahawa mereka perlu mempunyai jati diri tinggi bagi mengelak pengaruh rakan sebaya daripada terjebak dalam penagihan dadah.

Beliau berkata, ilmu, pemahaman, kesedaran dan kemahiran mengelak pengaruh dadah perlu dipupuk dan diterapkan dalam diri generasi muda dan pelajar masa kini.

“Penyalahgunaan dadah bukanlah isu baharu di negara ini dan ia sudah menjadi duri dalam daging. Masalah ini semakin hari semakin meningkat dan semakin serius, malah dadah menjadi musuh nombor satu negara.

“Penyalahgunaan dadah memberi implikasi besar kepada negara. Dalam hal ini, kita akan kehilangan tenaga kerja yang produktif untuk membina negara pada hari ini dan pada masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan pihak sekolah dengan menerapkan pengetahuan mengenai bahaya dadah melalui aktiviti keceriaan dalam program ini merupakan inisiatif yang bersesuaian dengan sasaran pelajar.

Ellron berkata, ini selaras dengan objektif karnival ini iaitu memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah melalui aktiviti menyeronokkan selain mencungkil bakat pelajar.

Beliau turut meminta sekolah dan kampung menubuhkan Kelab Belia sebagai salah satu objektifnya, untuk mengelak dan meluaskan usaha kerajaan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak muda di peringkat sekolah dan kampung.

“Kementerian saya akan menyalurkan sumbangan kewangan yang diminta melalui aktiviti yang dianjurkan berkaitan kempen membanteras penyalahgunaan dadah,” katanya.

Karnival dua hari itu merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, SMK Keningau, Majlis Belia Sabah dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Daerah Keningau.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah, Johari Jaibet Sabin, Pengetua SMK Keningau, Haji Sabdin Haji Saribin, Daerah Naib Pengerusi 1 Pemadam, Harry Gitik, serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Keningau, Melitus Anastasius.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here