Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua pelajar kritikal meninggal dunia
Published on: Saturday, June 17, 2023
Published on: Sat, Jun 17, 2023
By: Patimang Abdul Ghani dan Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Dua pelajar kritikal meninggal dunia
Dr Asits Sanna (kiri), botol spirit yang dipercayai digunakan oleh mangsa untuk dicampur dengan minuman berkarbonat itu.
PITAS: Dua pelajar SMK Pinggan-Pinggan di sini yang koma selepas meminum campuran spirit industri dan minuman tenaga Selasa lalu meninggal dunia.

Leo Castelo Jason, 17, disahkan meninggal dunia pada 4.08 petang Rabu lalu di Hospital Queen Elizabeth manakala Zammuel Martin, juga 17, disahkan meninggal dunia pada 4 petang sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth 2.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Zairolnizal Ishak ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada pihak hospital berhubung perkara itu.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kedua-dua mangsa tidak memerlukan bedah siasat memandangkan punca kematian telah ditentukan dan kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Punca kematian Leo adalah keracunan metanol dengan pelbagai kegagalan organ sementara punca kematian Zammuel adalah kecederaan otak yang teruk akibat keracunan metanol akut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr. Asits Sanna berkata pihaknya menerima 48 pemberitahuan keracunan metanol setakat Khamis.

Advertisement
“Daripada jumlah ini, 27 pelajar diklasifikasikan sebagai kes disahkan berdasarkan keputusan makmal. 25 pelajar lagi telah dibenarkan keluar dari hospital.

“Keputusan sampel proksi oleh Jabatan Kimia Sabah pada Isnin mengesahkan cecair itu mengandungi 89 peratus metanol.

Advertisement
“Jabatan Kesihatan Sabah ingin menekankan tentang bahaya pengambilan minuman beralkohol haram dan tercemar.

“Jika anda mengalami tanda-tanda keracunan metanol seperti sakit perut, muntah, sakit kepala atau penglihatan kabur selepas mengambil minuman beralkohol, sila dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here