Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RDC Keningau cetus minat STI generasi muda: Arthur
Published on: Saturday, June 17, 2023
Published on: Sat, Jun 17, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
RDC Keningau cetus minat STI generasi muda: Arthur
ARTHUR berkata sesuatu kepada seorang pelajar apabila melawat Pameran RDC Kolej Vokasional Keningau.
KENINGAU: Ruang Daya Cipta (RDC) Keningau yang dibina di Kolej Vokasional Keningau di sini, dan dilancarkan pada Jumaat, memainkan peranan penting dalam usaha mencetuskan minat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), terutama dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, RDC itu juga memainkan peranan dalam usaha melahirkan masyarakat berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif melalui kaedah “Quintuple Helix” iaitu gabungan antara kerajaan, industri akademi, masyarakat dan alam sekitar.

Advertisement
Beliau berkata RDC Keningau juga adalah yang pertama dibangunkan di dalam kawasan Institusi Pendidikan dan yang pertama daripada 10 RDC sedang dibangunkan di bawah inisiatif Bitara Madani 2023 yang bertujuan memberikan pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat.

“Saya percaya RDC ini dapat mewujudkan kesan berganda dengan sains, teknologi dan inovasi dalam menjadi pemangkin ekonomi negara, sekali gus membuka peluang, khususnya kepada golongan B40 dan M40 untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan mereka, serta mengukuhkan ekonomi setempat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebagai anak jati Sabah, saya tidak mahu anak-anak muda kita ketinggalan daripada menceburi bidang yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi,” katanya ketika berucap melancarkan RDC Keningau di Kolej Vokasional Keningau di sini, pada Jumaat.

Keningau merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah terletak kira-kira 110 kilometer ke selatan Kota Kinabalu.

Advertisement
Arthur berkata lokasi RDC di Kolej Vokasional Keningau itu amat strategik dan sudah pasti akan memberi akses mudah kepada penduduk setempat dan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang kurang dapat diakses sebelum ini, terutama dalam sains, teknologi dan inovasi.

“Aktiviti itu termasuklah reka bentuk, pemikiran kreatif dan reka cipta, elektronik dan robotik, realiti maya, fabrikasi dan pertukangan, multimedia, dan pemprototaipan pantas. Saya percaya dengan hebahan serta promosi yang berterusan, RDC Keningau dapat menarik pengunjung dari daerah berdekatan,” katanya.

Advertisement
Katanya selain di sini sebuah lagi RDC  berada di Sandakan, Sabah; selain di Paroi, Negeri Sembilan;  Padang Hiliran, Terengganu; Kota Tinggi, Kluang dan Layang-Layang di Johor; Langkawi di Kedah; Tumpat di Kelantan; Bera di Pahang; Sabak Bernam di Selangor; dan Manong di Perak. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here