Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada unsur paksaan: Polis: Tragedi pelajar keracunan methanol di Pitas
Published on: Sunday, June 18, 2023
Published on: Sun, Jun 18, 2023
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Tiada unsur paksaan: Polis: Tragedi pelajar keracunan methanol di Pitas
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Zairolnizal Ishak mengesahkan siasatan awal mendapati tiada unsur paksaan dalam tragedi lebih 20 pelajar asrama minum minuman berkarbonat campur metanol baru baru ini.
PITAS: Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Zairolnizal Ishak mengesahkan siasatan awal mendapati tiada unsur paksaan dalam tragedi lebih 20 pelajar asrama minum minuman berkarbonat campur metanol baru baru ini.

Meski ramai yang dikejutkan dengan khabar berhubung kes pelajar keracunan metanol, namun ada yang berpendapat bahawa mencampurkan minuman berkarbonat dengan spirit bagi menghasilkan sesuatu yang sama fungsinya seperti arak bukan sesuatu yang baru.

Advertisement
Apabila ditanya, ada di antara belia yang mengakui bahawa kedua-dua bahan tersebut sekiranya dicampurkan dengan kuantiti yang tepat dan campuran cecair yang tepat akan menghasilkan minuman yang sama fungsinya seperti arak.
Mereka berpendapat bahawa besar kemungkinan, apa yang pelajar-pelajar dengar dan peroleh, mendorong rasa ingin mencuba serta bertindak di luar batas apabila meminum dalam kuantiti yang banyak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, keberanian pelajar yang mencetus “inovasi” tersebut dan pelajar yang berani mempertaruh nyawa dengan sesuatu yang tidak nyata, wajar dielakkan, tidak sepatutnya mereka terikut-ikut dengan rakan, menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Datuk Seri Dr Ruddy Awah.

Ruddy yang ditemui media di sini pada Sabtu berkata, beliau berharap agar tiada yang menuding jari menyalahkan sesiapa, sebaliknya bekerjasama bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang.

Advertisement
“Saya merayu kepada ibu bapa, ahli-ahli keluarga mereka yang terlibat, bahawa kita kena menerima ketentuan ini, saya percaya ba selepas ini kawalan di asrama semakin diperketatkan terutama di kawasan Pitas ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here