Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan pertimbang perkenal semula kad diskaun kepada siswa
Published on: Sunday, June 18, 2023
Published on: Sun, Jun 18, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan pertimbang perkenal semula kad diskaun kepada siswa
Salahuddin berkata perbincangan akan dilakukan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.
PARIT: Kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula kad diskaun kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dalam usaha membantu mengurangkan beban dan menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perbincangan akan dilakukan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.

Advertisement
“Ini kerana ia berada di luar bidang kuasa saya tetapi idea itu boleh dipanjangkan sepertimana banyak program Rahmah dilaksanakan untuk siswa seperti menu makanan berharga di bawah RM5.

“Program-program ini diadakan untuk memudahkan mereka mendapatkan makanan di universiti, malah ada ‘food bank’ untuk mereka yang memerlukan mendapatkan barangan tertentu secara percuma,” katanya pada sidang media Program Jelajah Rahmah dan Townhall Menteri KPDN Bersama Rakyat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Seri Iskandar di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebelum ini, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) direka untuk berfungsi sebagai kad debit, ATM dan diskaun hingga 60 peratus untuk pelbagai produk bagi penuntut IPT.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata kerajaan turut bercadang meneruskan Jualan Rahmah di kesemua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara secara bergilir-gilir bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here