Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Usahawan perlu proaktif, tingkat keupayaan diri
Published on: Sunday, June 18, 2023
Published on: Sun, Jun 18, 2023
Text Size:
Text:
Usahawan perlu proaktif, tingkat keupayaan diri
DR Joachim (kiri) menyempurnakan gimik perasmian dengan menumbuk padi bersama Aaron (ketiga dari kiri).
Kota Kinabalu: Golongan usahawan harus bertindak proaktif dan meningkatkan keupayaan diri masing-masing.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usahawan sama ada dari Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI), dan  Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) perlu bijak memanfaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Advertisement
“Dalam Belanjawan Madani yang diumumkan pada Februari lalu, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan manfaat usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion melalui agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tekun yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan menyokong perkembangan perniagaan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan peruntukan khas tambahan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM600 juta untuk komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak, diagihkan kepada kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bentuk dana pinjaman mikro dan kemudahan jaminan pinjaman.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Di peringkat Sabah, kerangka pelan pembangunan utama negeri iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) merupakan inisiatif kerajaan yang memayungi pelbagai pelan tindakan pembangunan sektoral sedia ada. “Walaupun kita tidak boleh terlalu bergantung sepenuhnya kepada kerajaan, kita boleh mengoptimumkan segala peluang dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya semasa menghadiri Majlis Sambutan Pesta Kaamatan-Gawai di sini, pada Jumaat.
Advertisement
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Dalam ucapannya, Hajiji menyifatkan Sambutan Pesta Kaamatan-Gawai itu sebagai medium bagi mengeratkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Advertisement
“Perayaan seperti ini dapat menghimpunkan dan membuktikan kita sebagai masyarakat yang berbilang kaum saling bertoleransi, memahami, dan menghormati budaya, adat resam dan agama, seterusnya memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat kedua-dua negeri jiran.

“Melalui sambutan ini juga kita berharap lebih banyak peluang perniagaan diwujudkan, meningkatkan persetujuan untuk menggabungkan sumber kewangan dan tenaga kerja, berkongsi kepakaran, dan pengalaman,” tambah beliau.

Turut hadir, Menteri Perpaduan Malaysia, Datuk Aaron Anak Ago Dagang, Menteri Pemodenan Agrikultur dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Presiden KKCI, Datuk Ladislaus Maluda dan Presiden DCCI, Dato Allan Keripin Nangkai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here