Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Warisan setuju kadar penyelesaian interim lebih rendah’, kata Armizan
Published on: Monday, June 19, 2023
Published on: Mon, Jun 19, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
‘Warisan setuju kadar penyelesaian interim lebih rendah’, kata Armizan
Armizan berkata, Perdana Menteri juga sudah mengumumkan bahawa jumlah kadar penyelesaian interim RM125 juta setahun (hasil usaha GRS pada 2022) itu akan ditingkatkan kepada RM300 juta setahun dan akan meningkat setiap tahun.
TAWAU: Parti Warisan Sabah (Warisan) disifatkan sebagai ‘bapa pengkhianat’ apabila bersetuju dengan kadar penyelesaian interim RM53 juta setahun yang jauh lebih rendah daripada kadar RM125 juta setahun di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan Warisan pernah bersetuju dengan tawaran Kerajaan Persekutuan pada 2019 untuk semakan kadar pemberian khas daripada RM26 juta kepada hanya RM53 juta setahun bermula 2020.

Advertisement
“Kadar ini jauh rendah berbanding penyelesaian interim di bawah Kerajaan GRS iaitu bermula dengan kadar RM125 juta setahun pada 2022.

“Sekiranya Warisan menyifatkan GRS sebagai ‘pengkhianat’ kerana bersetuju dengan kadar interim bermula RM125 juta, hakikatnya Kerajaan Warisan adalah ‘bapa pengkhianat’ kerana bersetuju dengan jumlah lebih rendah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pemimpin dan jentera Warisan jangan cuba memadamkan rekod dan sejarah keputusan masa mereka memerintah,” katanya yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS.

Beliau memberikan respon itu terhadap dakwaan jentera Warisan, termasuk Ketua Penerangan Warisan di media sosial yang menuduh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai pengkhianat kerana kerajaan negeri bersetuju dengan kadar RM125.

Advertisement
Armizan bercakap kepada media selepas sesi taklimat kepimpinan GRS Bahagian Tanjung Batu, di sini, pada Ahad. 

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Negeri agar menurun taraf (declassify) di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 surat Kerajaan Negeri Warisan kepada Kementerian Kewangan pada tahun 2019 daripada sulit kepada terbuka. 

Advertisement
Menurutnya, terdapat keperluan surat tersebut diturun taraf untuk membolehkan dokumen itu dikongsikan kepada umum supaya rakyat Sabah boleh melihat fakta sebenar dan tidak terkeliru dengan taktik pemesongan fakta Warisan.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, Perdana Menteri juga sudah mengumumkan bahawa jumlah kadar penyelesaian interim RM125 juta setahun (hasil usaha GRS pada 2022) itu akan ditingkatkan kepada RM300 juta setahun dan akan meningkat setiap tahun.

“Ini bermakna, penyelesaian interim tersebut ada asas… Kita tidak terikat kepada tempoh lima tahun. Kita akan terus perjuangkan formula asas 2/5 atau 40 peratus seperti terkandung dalam Bahagian 4 Jadual ke-10 Perlembagaan Persekutuan untuk berunding dengan kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan kadar interim kepada Sabah,” katanya.

Menurutnya, hasil bayaran penyelesaian interim RM125 juta pada 2022 itu, kerajaan GRS mengembalikannya kepada rakyat Sabah menerusi program pemberian rumah mesra SMJ yang merupakan sejarah pertama negeri ini membina rumah PPRT model Sabah.

“Tahun 2022, sebanyak 1, 500 rumah mesra SMJ untuk rakyat miskin, dibina dan tahun ini (2023) ada 1, 500 lagi rumah seumpamanya akan dibina.

“(Datuk Seri) Hajiji (Noor) boleh beri 3,000 rumah mesra SMJ dalam tempoh dua tahun memerintah, Warisan dalam tempoh dua tahun memerintah hanya retorik,” katanya lagi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here