Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Konstabel polis ditahan disyaki cuba rogol gadis dalam tandas
Published on: Monday, June 19, 2023
Published on: Mon, Jun 19, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Konstabel polis ditahan disyaki cuba rogol gadis dalam tandas
Mohd Yusri berkata pihaknya memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku oleh mana-mana warga Polis Diraja Malaysia. 
IPOH: Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan bagi membantu siasatan kes cubaan merogol seorang gadis di dalam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak di sini, Sabtu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 2.30 pagi itu daripada mangsa yang berusia 19 tahun.

Advertisement
Beliau berkata suspek yang berusia 23 tahun dan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah dekat sini direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan kes ini sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Yusri berkata pihaknya memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku oleh mana-mana warga Polis Diraja Malaysia. 

Beliau pada masa sama menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes itu sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here