Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah terus jadi pilihan pelabur asing: Hajiji
Published on: Tuesday, June 20, 2023
Published on: Tue, Jun 20, 2023
Text Size:
Text:
Sabah terus jadi pilihan pelabur asing: Hajiji
Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud Haji Saidin dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, MD Golam Sarwar. - Foto Bernama
Kota Kinabalu: Sabah terus menjadi pilihan pelabur asing untuk melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata antara sektor yang menjadi pilihan pelabur asing ialah minyak dan gas, tenaga, pertanian, perikanan, pelancongan dan pembuatan.

Advertisement
“Kerajaan Negeri mengalu-alukan pelabur asing yang berminat dan bersedia untuk melabur di Sabah, untuk melihat dan membangunkan sektor berpotensi di negeri ini yang kaya dengan sumber asli dan persekitaran yang indah,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing ke Malaysia di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, Isnin.

Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud Haji Saidin dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, MD Golam Sarwar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri juga berharap pelancong asing khususnya dari China, Brunei Darussalam dan negara luar lain akan terus memilih Sabah sebagai destinasi percutian mereka.

Semasa lawatan itu, Ouyang memberitahu Hajiji bahawa Sabah sangat terkenal di kalangan orang China kerana keindahan alam semula jadi yang ada di negeri ini.

Advertisement
Beliau juga berharap Kerajaan dan pengusaha pelancongan di Sabah akan mengadakan lebih banyak promosi di bandar-bandar utama di China bagi menarik lebih ramai pelancong dari negara itu ke Sabah.

Ouyang berkata beberapa sektor yang berpotensi diterokai oleh pelabur dan peniaga dari China di Sabah ialah industri minyak dan gas, tenaga, pertanian, perikanan, ekonomi digital dan industri berteknologi tinggi.

Advertisement
Menurutnya, sektor infrastruktur di Sabah yang berpotensi untuk diterokai oleh syarikat kejuruteraan dan pembinaan dari China seperti pembinaan pelabuhan, lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain.

Beliau juga akan membawa syarikat kejuruteraan dan pembinaan multinasional China yang telah menubuhkan syarikat mereka di Kuala Lumpur dan dari China ke Sabah untuk meneroka peluang pelaburan di negeri itu.

Ouyang yang dilantik sebagai Duta Besar Republik China ke Malaysia pada 2021 turut menjemput Hajiji mengetuai delegasi Sabah melawat China. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here