Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Joyce raih gelaran di Singapura
Published on: Tuesday, June 20, 2023
Published on: Tue, Jun 20, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Joyce raih gelaran di Singapura
JOYCE (kanan) bersama pemenang keseluruhan lelaki Choo Kok Wei dari Perak.
Kota Kinabalu: Atlet Sabah, Joyce Heng meneruskan kemenangannya pada musim baharu dengan merangkul gelaran keseluruhan wanita pada pertandingan Singapore Strongest yang diadakan pada 17 Jun.

Dia mengumpul sejumlah 214 mata untuk memenangi kejuaraan keseluruhan wanita, terbuka wanita dan juga gelaran car deadlift wanita.

Advertisement
Dia berjaya meraih 15 mata dalam barrel squat (120kg), 28 mata dalam log press (65kg), 135 mata dalam tyre deadlift (250kg) dan 36 mata dalam hammer hold (7kg).

Ia merupakan kemenangan keduanya pada tahun ini berikutan kejayaannya dalam acara Kedah Strongest pada Mac.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertandingannya yang seterusnya ialah Indonesia Strongest Women yang akan diadakan di Jakarta pada 20 Ogos ini.

Atlet berusia 35 tahun itu sebelum ini berkata sasaran utamanya tahun ini adalah untuk bersaing dalam Arnold European Strongwoman Championship yang dijadualkan dari 13-15 Oktober di Madrid, Sepanyol.

Advertisement
Dia tidak menerima sebarang bantuan kewangan dalam perjalanannya ke Singapura tetapi berharap kerajaan akan menyokongnya ke Sepanyol.

“Ini adalah acara antarabangsa yang sangat besar dengan kehadiran pencabar terbaik dunia dan kali terakhir saya bertanding di Arnold Classic adalah pada 2018 di Afrika di mana saya berjaya menduduki tempat ketiga.

Advertisement
“Kos tidak murah dan saya berharap Kementerian Belia dan Sukan akan membantu saya dari segi kewangan untuk menampung sekurang-kurangnya tambang penerbangan dan yuran pendaftaran saya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here