Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Budak, 7, maut dalam kemalangan
Published on: Tuesday, June 20, 2023
Published on: Tue, Jun 20, 2023
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Budak, 7, maut dalam kemalangan
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu.
Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lintas, di sini, awal pagi Isnin. 

Dalam kejadian jam 5.48 pagi itu, kanak-kanak perempuan yang belum diketahui identitinya itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa termasuk remaja perempuan berusia 15 tahun dan pemandu perempuan berusia 59 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan treler. 

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu treler itu, seorang lelaki berusia 38 tahun, sedang dalam perjalanan dari Tawau menghala ke Penampang, meneruskan perjalanan ketika melalui Jalan Lintas kerana lampu isyarat masih hijau. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ketika tiba di satu simpang, pemandu Proton Saga yang berada disusur pusingan U dari arah bertentangan tiba-tiba keluar dan melanggar bahagian tepi kiri treler tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Mohd Zaidi berkata, akibat perlanggaran itu, Proton Saga yang dinaiki tiga mangsa terbabas ke bahu kiri jalan. 

Advertisement
“Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang telah dibawa oleh pihak ambulans ke hospital untuk rawatan selanjutnya manakala seorang lagi penumpang cedera di bahagian kepala. 

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi pada jam 6.15 pagi dan mayatnya kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian. 

“Operasi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam kenderaan segera dilakukan,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan bahawa kanak-kanak yang maut itu tiada hubungan kekeluargaan dengan pemandu. 

“Mangsa yang maut ialah anak kepada rakan pemandu dan ketika kejadian, mangsa mungkin menumpang kenderaan itu untuk ke sekolah,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here