Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bawa tuntutan Sulu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa: Shafie
Published on: Wednesday, June 21, 2023
Published on: Wed, Jun 21, 2023
By: Nikko Fabian
Text Size:
Text:
Bawa tuntutan Sulu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa: Shafie
Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, menegaskan jika perkara itu dibawa ke ICJ, Sabah akan mendapat keadilan sewajarnya kerana Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang diiktiraf. - Foto FMT
SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Aqdal mencadangkan Kerajaan merujuk apa yang dipanggil tuntutan kesultanan Sulu ke atas Sabah, ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk penyelesaian mutlak.

“Bawa kes tuntutan kumpulan Sulu ke Mahkamah Antarabangsa untuk menyelesaikan perkara itu secara menyeluruh,” katanya pada majlis alumni SMK Datuk Panglima Abdullah, di sini.

Advertisement
Shafie berkata, Kerajaan perlu mengambil langkah tegas untuk menghalang mereka yang mengaku sebagai waris kesultanan Sulu daripada menuntut negeri ini.

Bekas Ketua Menteri itu berkata tuntutan itu akan terus berlarutan sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya mencadangkan pada peringkat awal supaya perkara ini dibawa ke ICJ kerana, jika kita lihat Kongres Parlimen Filipina, mereka tidak menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

“Bagaimanapun, tuntutan itu tidak mempunyai asas kerana pihak menuntut sebenarnya bukan keturunan kesultanan Sulu”.

Advertisement
Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, menegaskan jika perkara itu dibawa ke ICJ, Sabah akan mendapat keadilan sewajarnya kerana Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang diiktiraf.

“Saya bimbang mengenai perbelanjaan untuk peguam dan menunggu lama untuk tuntutan yang tidak berkesudahan ini.

Advertisement
“Kita perlu menamatkan situasi ini dengan segera dan sebaik mungkin, seperti yang dilakukan semasa tuntutan ke atas Pulau Ligitan dan Sipadan,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata SMK Datuk Panglima Abdullah telah melahirkan ramai individu yang berjaya.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian sekolah ini kerana selama 60 tahun, ia telah melahirkan pemimpin, ketua pengarah, doktor dan ramai lagi profesional.

“Walaupun jauh dari bandar dan kekurangan kemudahan, pencapaiannya luar biasa dan mampu bersaing dengan sekolah di kawasan bandar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here