Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
FlyPower Lahad Datu rangkul Piala Olympia Sabah
Published on: Wednesday, June 21, 2023
Published on: Wed, Jun 21, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
FlyPower Lahad Datu rangkul Piala Olympia Sabah
PEMAIN-PEMAIN FlyPower Lahad Datu bersama hadiah mereka.
Kota Kinabalu: FlyPower Lahad Datu merangkul Piala Olympia Sabah pada kejohanan badminton antara pasukan yang berlangsung di Olympia Badminton Arena di Inanam baru-baru ini.

Mereka menewaskan Cyber Safety 2-0 pada perlawanan akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, manakala finalis yang tewas menerima RM5,000.

Advertisement
Pada perlawanan akhir, pasangan beregu campuran FlyPower Lahad Datu, Mohd Yasrin Ruslan dan Soong Fie Cho memberikan mata pertama dengan kemenangan straight set 21-16, 21-18 ke atas bekas juara All England Hafiz Hakimi Hashim dan Suriani Jamailin.

Mata kemenangan kejuaraan dimenangi oleh Mohd Razif Abdul Latif dan Beryno Wong dalam acara beregu gabungan umur 70 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dua bekas pemain antarabangsa itu mengatasi bekas pemain nombor satu dunia Roslin Hashim dan Datu Mohd Saffuan Nizam 21-17, 21-19 dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 37 minit.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Starlight Plus dan Mee Ngar Bakery, yang masing-masing menerima RM2,500.

Advertisement
Sementara itu, penganjur Jacko Pan gembira kejohanan pada tahun kedua telah menarik ramai pemain antarabangsa.

“Kehadiran ramai bekas pemain negara bukan sahaja menceriakan kejohanan ini tetapi juga boleh memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain yang akan datang,” katanya.
Advertisement
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penaja atas sokongan mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here