Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Elaun guru Kafa, imam di Sabah naik
Published on: Wednesday, June 21, 2023
Published on: Wed, Jun 21, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Elaun guru Kafa, imam di Sabah naik
Ketika ini guru Kafa dan imam rawatib di Sabah menerima bayaran elaun bulanan masing-masing RM1,100 dan RM850. (Gambar: Youtube melalui FMT)
Kota Kinabalu: Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dan 1,605 imam rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup semakin meningkat.

Ketua Menteri, Hajiji Noor, menerusi jawapan secara bertulis dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah kepada Adun dilantik Aliakbar Gulasan berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Advertisement
Katanya, kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk menambah elaun tersebut.

Ketika ini guru Kafa dan imam rawatib di Sabah menerima bayaran elaun bulanan masing-masing RM1,100 dan RM850, yang dibayar berdasarkan jumlah jam bekerja dan tidak tertakluk dengan gaji minimum.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here