Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Skuad renang Sukma Sabah cemerlang di Brunei
Published on: Thursday, June 22, 2023
Published on: Thu, Jun 22, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Skuad renang Sukma Sabah cemerlang di Brunei
PASUKAN renang Sukma Negeri bersama jurulatih.
Kota Kinabalu: Skuad Sukma Sabah beraksi cemerlang untuk menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kebangsaan Brunei Ke-30 2023 yang berlangsung di Kolam Renang Kebangsaan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei, baru-baru ini.

Walaupun hanya menghantar 10 atlet dalam skuad diketuai jurulatih Elvin Chia dan Benjamin Lee, mereka berjaya merangkul 22 emas, 11 perak dan 13 Gangsa.

Advertisement
Emmanuel Loh Yung Ming yang memenangi lima emas dan satu perak dalam kategori lelaki 14-15 tahun dan Loo Yie Bing dengan tujuh emas dan satu perak dalam kategori perempuan 16-18 tahun, turut dianugerahkan perenang terbaik dalam kumpulan umur masing-masing.

Kontinjen diketuai oleh jurulatih Elvin Chia dan Benjamin Lee dan atlet lain ialah Arish Amni Bin Ronisafihin, Shane Chong Kian Heuang, Ignacio Wong Hao Zhe, Chu Xin Ying, Alexis Lee Yen Ling, Jeanna John Fabian, Laura Lee Yen Nie dan Beverly Lai Mei Xi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Presiden Persatuan Sukan Akuatik Sabah (Sasa), Daniel Lee dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu mengucapkan tahniah kepada pasukan itu dan berharap perenang akan mendapat manfaat daripada pengalaman itu.

“Tahniah kepada perenang dan juga jurulatih atas usaha gigih mereka dalam mencapai keputusan yang sangat baik untuk negeri ini.

Advertisement
“Saya percaya kejohanan ini memberi mereka pengalaman yang diperlukan untuk bersaing dengan perenang dari negara lain, dan akan membantu dalam persiapan mereka untuk menghadapi kejohanan utama akan datang,” katanya.

Menurut beliau, senarai akhir perenang Sukma yang akan menyertai temasya dwitahunan di Kuching tahun depan masih belum dimuktamadkan.

Advertisement
“Pasukan renang Sukma masih dalam proses dan kami menjangkakan perenang tambahan yang akan melepasi masa kelayakan, dan diharapkan akan ada satu atau dua perenang yang mencipta kejutan untuk layak,” tambahnya.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Sabah atas sokongan mereka dan berikrar untuk meneruskan hubungan kerja yang koheren demi manfaat kepada sukan dan atlet.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here