Telipok: Isu pendatang tanpa izin (PTI) yang didakwa ‘merampas’ hak-hak kaum Tidung di Tawau seperti peluang pekerjaan dan perniagaan adalah antara sebab utama kaum itu mahu bersatu dengan masyarakat orang asal di negeri ini melalui Sekolah Adat Anak Negeri.
Mereka mendakwa kaum mereka ditindas sejak ‘orang-orang tertentu’ yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mula membuka peluang kepada PTI dengan memberi pekerjaan dan peluang perniagaan kepada mereka.
Pengarah Operasi Sekolah Adat Anak Negeri Marutai, Abdul Mulok Abdullah Sani, berkata ramai orang Tidung sebagai anak negeri dinafikan peluang itu hanya kerana mereka tidak menyokong fahaman politik orang-orang tertentu berkenaan.
Advertisement





