Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Esscom diharap bina PPR kedua di Sandakan
Published on: Thursday, June 22, 2023
Published on: Thu, Jun 22, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Esscom diharap bina PPR kedua di Sandakan
VIVIAN (tengah) mencuba baju kalis peluru semasa melawat pameran pada program itu, bersama Jamaluddin (kedua, kanan).
SANDAKAN: Program Sosio-Ekonomi anjuran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dilihat mampu memberikan peluang pekerjaan dan pendidikan kepada masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata pendekatan Esscom itu juga membantu memperkasa belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pencari kerja di Sandakan.

Advertisement
“Ini sudah tentu menggalakkan lagi ramai lepasan SPM untuk menyambung pelajaran dan kelak meningkatkan sosio-ekonomi masing-masing,” jelasnya.

Vivian berkata demikian sejurus merasmikan Program Sosio-Ekonomi PPR Taman Harmoni anjuran Esscom dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Dewan PPR Taman Harmoni, Sandakan, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Dr Jamaluddin Mohd Ali, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Samin Ongki, Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sandakan, Mariam Hassan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Hamizi Halim dan Pengarah Urusan Syarikat Canggih Bayu Sdn Bhd, Safuan Abas.

Program selama dua hari bermula 19 Jun itu menyasarkan penglibatan sekitar 400 penduduk PPR Taman Harmoni dan masyarakat setempat berumur 18 hingga 45 tahun, yang ingin melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.

Advertisement
Seramai 100 kanak-kanak di PPR tersebut turut menerima sumbangan beg sekolah.

Dalam pada itu, Vivian berharap Esscom dapat membina kawasan PPR keduanya di Sandakan selepas PPR Taman Harmoni.

Advertisement
PPR Taman Harmoni merupakan projek perintis yang bermula pada 2014 dan dirancang oleh Esscom bersama agensi lain untuk penyusunan semula perkampungan air dari Kg Muhibbah, Kg Forest, Kg Cahaya Baru dan Kg Good View.

Jelas Vivian, saranan pembinaan PPR kedua Esscom di Sandakan juga selari dalam usaha membantu lebih ramai penduduk yang tidak mempunyai rumah dan tinggal di pesisir pantai. PPR Taman Harmoni itu kini di bawah seliaan MPS.

Mempunyai 10 blok, PPR ini telah mula diduduki pada 2016 secara berperingkat dan kini sembilan blok telah dihuni manakala sebuah blok lagi sedang dalam penyelenggaraan.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, Program Sosio-Ekonomi ini merupakan kesinambungan kepada program penyusunan semula perkampungan air di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peluang menjana pendapatan dan peningkatan tahap pendidikan serta kemahiran. “Ini adalah salah satu program kita untuk membantu sosio-ekonomi penduduk setempat,” jelasnya, menambah Esscom akan terus bersama masyarakat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here