Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Isu sewaan PPR diputus minggu depan: Ketua Menteri
Published on: Saturday, June 24, 2023
Published on: Sat, Jun 24, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Isu sewaan PPR diputus minggu depan: Ketua Menteri
Kerajaan Sabah akan membuat keputusan minggu depan berhubung cadangan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) meminta penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) lebih 10 tahun mengosongkan rumah mereka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan membuat keputusan minggu depan berhubung cadangan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) meminta penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) lebih 10 tahun mengosongkan rumah mereka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya terdapat teguran daripada Jabatan Audit Negara berhubung perkara itu, bagaimanapun kerajaan negeri melihat ada penyewa lebih 10 tahun masih perlu diberikan peluang tinggal di PPR itu atas pelbagai faktor terutamanya golongan kurang berkemampuan, dan ini akan dibincangkan dengan teliti dalam Mesyuarat Kabinet negeri minggu depan.

Advertisement
“Ini kerana mereka yang tinggal di rumah sewa PPR adalah golongan yang masih memerlukan tempat tinggal. Secara prinsipnya kita akan pastikan nasib mereka terbela,” kata Hajiji menerusi kenyataan pada Jumaat.

Media melaporkan LPPB baru-baru ini mengeluarkan notis untuk penyewa melebihi 10 tahun di beberapa PPR di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu mengosongkan kediaman berikutan teguran Jabatan Audit Negara berhubung ketidakpatuhan had tempoh menyewa yang ditetapkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu Hajiji berkata kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Rumah Transit Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk golongan pelajar yang mencari kerja selepas tamat pengajian.

Katanya cadangan itu  akan dipanjangkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan supaya dapat diwujudkan di PPR yang sedang dalam pembinaan.

Advertisement
“Kita ada banyak lagi PPR yang belum siap seperti di Inanam. Jadi sebagai permulaan, kita maklumkan kementerian supaya menyediakan 50 unit contohnya daripada 1,000 unit dikhaskan untuk rumah transit ini dengan bayaran minimum,” katanya.

Penyediaan rumah transit itu adalah antara cadangan yang dikemukakan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) kepada kerajaan negeri.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here