Kota Kinabalu: Sesiapa yang memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perkara berkaitannya untuk agenda politik dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menampilkan fakta supaya tidak mengelirukan rakyat terutama generasi muda.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata mereka yang mempertikaikan isu itu dengan berkongsi maklumat yang salah kepada orang ramai boleh menimbulkan salah faham dan mesti bertanggungjawab terhadap salah laku tersebut.
Beliau memetik kenyataan Ketua Penerangan Parti Warisan Datuk Datuk Azis Jamman yang mendakwa semakan pertama Warta Kerajaan bagi pemberian khas 1970 adalah tidak sah kerana tidak dibentangkan di Parlimen.
Advertisement





