Kota Kinabalu: Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah mencadangkan agar kerajaan Sabah dapat menyediakan peruntukan khas bagi membina rumah transit untuk disewa mahasiswa.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut itu mengakui bahawa harga rumah ketika ini begitu mahal dan agak membebankan untuk mahasiswa yang menyewa rumah ketika melanjutkan pengajian.
“Kalau dulu kerajaan mewujudkan rumah transit untuk orang awam, mungkin selepas ini kita cadangkan kepada kerajaan negeri, Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) dalam Kabinet untuk kita minta kerajaan mewujudkan rumah transit untuk pelajar pula.
Advertisement





