RANAU: Kira-kira 500 ahli Parti Warisan Cawangan Karanaan diketuai bekas Timbalan Ketua Bahagian, Awasi Ganie @ Yasin Bin Abdul Ghani mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di sini pada Jumaat.Memetik ketidakstabilan dalam parti sebagai punca utama mereka keluar, Awasi mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal atas bimbingan dan sokongan beliau selama ini.
“Bagaimanapun, dengan rasa dukacita kami mengumumkan bahawa beberapa pemimpin Warisan Karanaan, termasuk saya sendiri, telah memutuskan untuk berpindah ke parti lain,” katanya.
Advertisement





