Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Komitmen lahirkan modal insan berkemahiran di Sabah
Published on: Saturday, June 24, 2023
Published on: Sat, Jun 24, 2023
Text Size:
Text:
Komitmen lahirkan modal insan berkemahiran di Sabah
Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Harun Durabi
Kota Kinabalu: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) melalui Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan (ILTP) bertindak sebagai peneraju dalam melahirkan modal insan berkemahiran dan boleh diambil bekerja di Sabah menjelang 2035.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Harun Durabi berkata komitmen yang dizahirkan JPSM melalui ILTP sebagai salah satu pusat Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) membuktikan ia menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan TVET.

Advertisement
“Bidang TVET kini menjadi pilihan kerjaya utama dan dengan perkembangan pesat teknologi dan pembangunan Industri 4.0 yang kita hadapi, modal insan berkemahiran menjadi keperluan utama dalam pelbagai sektor pekerjaan.

“Justeru, selaras dengan pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (2021 – 2025), Kerajaan Negeri sentiasa menyokong segala usaha yang dilaksanakan JPSM dalam melahirkan modal insan berkemahiran dan berdaya saing serta berkebolehan mencari pekerjaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“ILTP mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membangunkan modal insan berkualiti dan sentiasa meneruskan usaha dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan mampan dalam pelbagai bidang,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen JPSM Siri 1 2023, di sini, Selasa.

Sementara itu, Pengarah JPSM Norsiah Duraman memaklumkan ILTP telah berjaya ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam menaik taraf beberapa program, antaranya Pentadbiran Sistem Maklumat, Diploma Kemahiran Malaysia, Pengurusan Sistem Maklumat dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.

Advertisement
“Selain itu, ILTP telah berjaya menaik taraf Alat Bantuan Latihan (ABL) untuk Program Kimpalan Arka Logam Berperisai dengan ABL berteknologi tinggi melalui memperoleh mesin Kimpalan Robotik, Kimpalan Microtest, Kimpalan Lincoln, Kimpalan Arka Tenggelam dan Kimpalan Simulasi.

“JPSM amat berbangga mempunyai ABL ini kerana ia adalah yang pertama dan masih belum ada di mana-mana institusi lain di Sabah,” katanya.

Advertisement
Pada majlis itu, seramai 142 graduan menerima sijil daripada lapan program termasuk 68 daripada Program Bahagian Teknikal di ILTP Kampus Papar dan 74 daripada Program Bahagian Perdagangan di ILTP Kampus Papar dan Kota Kinabalu.

Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Kanan KSTI Musleha Khairunisa Muluk, Penolong Pengarah Kanan JPK Othman Somsak Abdullah serta Pegawai Perhubungan Petronas Sabah dan Labuan Jennifer Sutian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here