Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjual daging babi cederakan isteri dipenjara 12 bulan, denda
Published on: Saturday, June 24, 2023
Published on: Sat, Jun 24, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penjual daging babi cederakan isteri dipenjara 12 bulan, denda
Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 326A menyatakan sesiapa yang menyebabkan kecederaan kepada pasangan atau bekas pasangannya, anak, orang dewasa kurang upaya atau ahli keluarga lain dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323, 324, 325, 326, 334 atau 335 hendaklah dipenjara selama tempoh dua kali lebih lama daripada tempoh maksimum yang boleh dikenakan, jika disabitkan kesalahan itu. - gambar hiasan Wallpaper Flare
Kota Kinabalu: Seorang penjual daging babi berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan didenda RM2,000 atau enam bulan penjara pada Jumaat kerana menyerang isterinya di Penampang, minggu lalu.

Andy Faziero Albert mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana melakukan kesalahan itu terhadap suri rumah berusia 27 tahun itu pada jam 11 malam, 15 Jun lalu di tempat letak kereta sebuah rumah sewa di Kg Kobusak.

Advertisement
Menurut pihak pendakwaan, sebelum kejadian, pasangan itu bertengkar berkaitan isu rumah tangga.

Andy kemudian bertindak di luar kawalan dengan memukul kepala isterinya berulang kali sehingga berdarah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengadu juga mengalami sakit di belakang kepala, belakang badan dan lebam di tangan kanan.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Andy, memohon denda ringan atas sebab dia telah direman empat hari dan sudah berkahwin dengan seorang anak dan merupakan pencari nafkah keluarganya.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Andy menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap pada 18 Jun lalu.

Andy didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.

Advertisement
Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 326A menyatakan sesiapa yang menyebabkan kecederaan kepada pasangan atau bekas pasangannya, anak, orang dewasa kurang upaya atau ahli keluarga lain dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323, 324, 325, 326, 334 atau 335 hendaklah dipenjara selama tempoh dua kali lebih lama daripada tempoh maksimum yang boleh dikenakan, jika disabitkan kesalahan itu.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 78 tahun didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana bergaduh di tempat awam, dua tahun lalu.

Thomas Tham mengaku terlibat dalam pergaduhan pada 8.50 pagi 22 Mei 2021 di sebuah restoran di Taman Cantik, Luyang.

Dia didakwa bersama dengan seorang lagi tertuduh Daniel Liew, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan ditawarkan jaminan RM1,000 dengan dua penjamin sementara menunggu pengurusan kes pra-perbicaraan pada 24 Julai.

Pertuduhan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, pertengkaran sengit berlaku antara Tham dan lelaki lain berhubung urusan perniagaan yang membawa kepada pergaduhan antara mereka.

Peguam Luqman Syazwan Zabidi Mohd yang mewakili Tham memohon hukuman diringankan atas sebab dia warga emas, pesalah kali pertama dan sudah insaf.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Navind Kumar Vijayan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here