Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Charlayne Chong muncul tempat kedua dalam Cabaran Golf TSM
Published on: Saturday, June 24, 2023
Published on: Sat, Jun 24, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Charlayne Chong muncul tempat kedua dalam Cabaran Golf TSM
CHARLAYNE ketika beraksi pada Cabaran Golf TSM.
Kota Kinabalu: Pemain dari Sabah, Charlayne Chong Shin Ling mendapat tempat kedua dalam kategori terbuka perempuan bawah 21 tahun pada Piala Cabaran Golf TSM ke-13 di Kuala Lumpur Golf and Country Club’s East Course, Khamis.

Dia mengumpul dua di atas 215 selama tiga hari dengan pusingan 73, 67,75 untuk menamatkan saingan di belakang Mirabel Ting yang merangkul kejuaraan dengan 10 bawah 203 ( 67-66-70), manakala di tempat ketiga adalah pemenang pingat emas Sukan SEA baru-baru ini, Ng Jing Xuen dengan 217 (72-70-75).

Advertisement
Pemain berusia 21 tahun itu menerima hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 dengan cek RM4,000 dan RM11,000 sebagai biasiswa yang hanya akan disalurkan melalui Persatuan Golf Malaysia.

Charlayne, yang merupakan pelajar tahun tiga ijazah pentadbiran perniagaan di Universiti Utara Malaysia juga menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan terakhirnya di Sabah Golf and Country Club, di sini, pada Mei lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia dinobatkan pemain amatur terbaik dalam Jelajah Toyota Piala Hilux selepas pusingan 80, 71 dan 70 dengan jumlah 221.

Ia juga merupakan kejayaan siri jelajah keduanya selepas kemenangannya sebelum ini pada kejohanan Trofi Tun Ahmad Sarji di Saujana yang berlangsung April lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here