Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Cadangan pembangunan industri angkasa di Sabah
Published on: Sunday, June 25, 2023
Published on: Sun, Jun 25, 2023
Text Size:
Text:
Cadangan pembangunan industri angkasa di Sabah
HAJIJI (berdiri, tengah) menyaksikan majlis menandatangani MOU itu.
Kota Kinabalu: Memorandum Persefahaman (MoU) Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah, ditandatangani di sini pada Jumaat malam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan majlis menandatangani MoU itu sempena perasmian Majlis Anugerah Sains Sabah (MASS) 2023 di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini pada Jumaat. 

Advertisement
MoU itu ditandatangani antara tiga pihak iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainudin Aman manakala Sovereign Sengalang Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Timbalan Pengerusinya, Mohd Ezra Effendi, dan Yuzhnoye State Design Office diwakili Denys MyKhailiuk, (Charge d’ Affaires ad interim, Embassy of Ukraine). 

Hajiji berkata, sekiranya kajian itu membawa indikasi positif, Sabah bakal membina kemudahan pelancaran angkasa lepas yang ke-16 di dunia. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini sekali gus akan meletakkan nama Malaysia menjadi negara kesembilan yang memiliki fasiliti sedemikian, seterusnya bakal melonjakkan Sabah menjadi negeri ulung serta berpotensi dalam konteks pemindahan ilmu dan teknologi aeroangkasa aras tinggi di Malaysia. 

“Justeru, MoU Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah adalah tepat pada masanya, untuk melihat kesesuaian pembinaan Pusat Industri Pelancaran Angkasa Lepas Antarabangsa Sabah di lokasi yang akan ditentukan kelak. 

Advertisement
“Pembinaan pusat industri pelancaran itu juga akan dapat memacu pertumbuhan antara 300 hingga 500 syarikat hiliran dalam industri aeroangkasa seperti pembinaan, electronik dan logistik. 

“Selain itu, ia membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan secara keseluruhannya serta limpahan dan kemakmuran ekonomi di Sabah,” katanya. 

Advertisement
Katanya, Kedudukan Sabah sangat strategik dan berada di halaju garis lurus maksimum (maximum straight linear velocity), yang secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pelancaran kenderaan angkasa yang akan terus ke ruang angkasa antarabangsa tanpa melalui ruang angkasa Indonesia. 

“Selain itu, ia dapat melonjakkan pencapaian negeri dalam bidang STIE (Sains Teknologi, Inovasi dan Ekonomi), merangsang minat belia dalam sektor aeroangkasa, pembinaan fasiliti pelancaran kenderaan angkasa komersil Cyclone, akan menjadi pemangkin baharu sektor pelancongan negeri,” katanya, sambil menambah ia juga memberi pulangan dengan anggaran 20 peratus daripada hasil setiap pelancaran kenderaan angkasa, yang dianggarkan mencecah RM200 juta setahun. 

Beliau berkata, setakat ini kajian kebolehlaksanaan masih di peringkat awal pelaksanaannya dan mengambil masa selama enam hingga 12 bulan. 

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan lanjut Kabinet Negeri Sabah dan selanjutnya Kabinet Persekutuan,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here