Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perlu pelan tindakan capai 40 peratus pelajar aliran Sains: Ketua Menteri
Published on: Sunday, June 25, 2023
Published on: Sun, Jun 25, 2023
Text Size:
Text:
Perlu pelan tindakan capai 40 peratus pelajar aliran Sains: Ketua Menteri
Hajiji berkata Pelan Strategik KSTI (2022-2025) telah digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif untuk memperkasakan ekosistem STIE atau Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi di Sabah.  
Kota Kinabalu: Satu pelan tindakan bersepadu perlu diambil bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 40 peratus pelajar mengambil aliran Sains menjelang 2025 di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. 

Sehubungan itu, Hajiji mahu  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Jabatan Pendidikan Sabah serta agensi berkaitan menghasilkan pelan tindakan berkenaan. 

Advertisement
“Ini kerana kadar penglibatan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), terutamanya sains tulen semakin menurun dan perkara ini membimbangkan. 

“Kita mahu menyediakan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal, Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kadar penglibatan pelajar dalam hidang STEM pada tahun ini hanya 27 peratus, masih jauh daripada sasaran kita untuk mencapai  60 peratus aliran Sains dan 40  aliran Sastera atau 60:40. 

“Saya berharap KSTI, Jabatan Pendidikan Sabah dan semua agensi berkaitan dapat melahirkan satu pelan tindakan bersepadu bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 40 peratus pelajar mengambil bidang sains menjelang 2025,” katanya. 

Advertisement
Beliau berkata Pelan Strategik KSTI (2022-2025) telah digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif untuk memperkasakan ekosistem STIE atau Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi di Sabah.  

“Dalam masa sama, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah turut merangka Pelan Strategik STEM 2023-2025 yang merangkumi pelbagi program lonjakan STEM yang melibatkan guru, pelajar, pentadbir sekolah serta ibu bapa.  

Advertisement
“Seperti mana yang kita sedia maklum, generasi muda merupakan pelapis utama negara yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan modal insan yang mencukupi dan berkemahiran tinggi untuk memacu pembangunan negeri dan negara.  Oleh itu, sudah tentunya ini berkait rapat dengan pendidikan STEM yang mana ia adalah asas terpenting bagi penghasilan modal insan yang berkemahiran tinggi,” katanya. 

Hajiji yang menyokong penuh penganjuran MASS itu berkata ia adalah pengiktirafan dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan saintis, teknologis dan inovator tempatan dalam memperkasakan dan mempromosikan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), khususnya di Sabah.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here