Kota Kinabalu: Sedco B merangkul gelaran berpasukan tertutup pada Cabaran Golf Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) 2023 yang berlangsung di Dalit Bay Golf & Country Club, baru-baru ini.
Empat anggota pasukan Ramlee Dullah, Mohd Faizal Abu Bakar, Zul Fakhriy Asli dan Adrain Alang menamatkan pusingan dengan sejumlah 218 mata.
Di tempat kedua ialah SVH diwakili oleh Hj Harun Lister, Muhd Sharifuddin Yaakub, Suhaili Wahap dan Cannisius Ebin Gon dengan 223 mata, diikuti Jaundi Hj Jali, Marzuki Saiman dan Ag Mohd Zin Ag Abd Razak dari Sedco C dengan 226 mata.
Gelaran berpasukan terbuka menjadi milik juara bertahan Fantastic 4 dengan 209 mata menerusi Radin Yusuf, Jordan Mobijohn, Khalid Jikal dan Mordiana Abdullah.
Di tempat kedua ialah Iron Heads yang terdiri daripada Noh Adzlie, Adam Aliff, Iizham Majin dan Awang Mohd Seh dengan 211 mata dan ketinggalan satu mata di belakang mereka di tempat ketiga ialah Mohd Sofian, Afdlin Mikhail, Sazali Suadin dan Mohd Soffwan dari Lato-Lato.
Sementara itu, gelaran gross tertutup individu dimenangi oleh Adrian Alang (85) diikuti Mordiana Abdullah (86 ocb) dan Jaundi Hj Jali (86).
Dalam kategori gross terbuka individu, Noh Adzlie (73) muncul juara dan di tempat kedua ialah Puney Kiob (74), manakala Chali Awang (78) di tempat ketiga.
Radin Yusof (68) memenangi gelaran nett terbuka dengan Jordan Mobijohn (69 ocb) dan Hj Muhamad Toling (69) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Sementara itu tiga tempat teratas dalam kategori nett tertutup disandang oleh Paul Voon (72 ocb), Mohd Faizal Abu Bakar (72) dan Thor Gervasi (72).