Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Imigresen Sabah nafi abai pekerja
Published on: Tuesday, June 27, 2023
Published on: Tue, Jun 27, 2023
Text Size:
Text:
Jabatan Imigresen Sabah nafi abai pekerja
Sitti berkata jabatan itu telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan terus memberikan sokongan moral kepada pegawainya.
Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Sabah menafikan dakwaan mengabaikan pekerja mereka selepas seorang pegawai cedera ketika bertugas di sini.

Pengarahnya, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff sebaliknya berkata kebajikan pekerja adalah salah satu keutamaan jabatan itu.

Advertisement
Sitti berkata mereka telah “bertindak sewajarnya” dengan meluluskan rayuan daripada pegawai yang meminta untuk menukar stesen bertugas, memudahkan dia dijaga oleh ahli keluarga.

“Atas keprihatinan jabatan, beberapa lawatan ke kediaman pegawai telah dijalankan pada 13 Jun 2022 dan 23 September 2022 dan sumbangan turut diserahkan pada masa itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pegawai terbabit telah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021. Sijil berkenaan telah diserahkan kepada beliau dalam salah satu lawatan berkenaan.

“Jabatan juga mengetahui keadaan kesihatan pegawai berkenaan dan telah membantunya memohon di fasiliti rawatan perubatan bagi tujuan pembiayaan dan pembelian peralatan perubatan.

Advertisement
“Pegawai itu dimasukkan ke hospital pada 22 Jun 2023 untuk pembedahan pada hari berikutnya dan dibenarkan keluar dua hari kemudian. Dia diberi cuti sakit sehingga 17 Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan menjawab isu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata jabatan itu telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan terus memberikan sokongan moral kepada pegawainya.

Advertisement
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here