Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Malaysia menang kes tuntutan kumpulan Sulu: PM
Published on: Wednesday, June 28, 2023
Published on: Wed, Jun 28, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Malaysia menang kes tuntutan kumpulan Sulu: PM
Anwar bercakap kepada media di Vientianne sebelum kembali ke Malaysia. 
VIENTIANE: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada Selasa menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.

Keputusan itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Laos bermula Isnin lepas, sebelum beliau berlepas pulang.

Advertisement
“Menang, Alhamdullillah. Dapat menamatkan satu episod yang tidak baik untuk negara yang mencabar kedaulatan Malaysia. Mereka gagal, kita syukur Alhamdulillah,”  katanya kepada media Malaysia.  

Award itu telah diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award itu, kumpulan Sulu terbabit telah dilaporkan cuba menyita aset Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya di negara itu).  

Perdana Menteri berkata keputusan itu sekali gus menghalang apa-apa usaha pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.

Advertisement
Beliau berkata keputusan Mahkamah Rayuan The Hague itu merupakan satu lagi kemenangan penting kepada Kerajaan Malaysia rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun lepas.

“Kerajaan Malaysia yakin bahawa dengan keputusan ini, Kerajaan adalah semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya award akhir yang tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak yang menuntut yang berjumlah hampir US$15 bilion yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa dan sekali gus menjadikan tuntutan tersebut hanyalah sebagai sebahagian daripada sejarah.

Advertisement
“Malaysia percaya bahawa keputusan Mahkamah Rayuan The Hague pada hari ini, bersama-sama dengan keputusan Mahkamah Rayuan Paris baru-baru ini akan menamatkan usaha sia-sia pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan award akhir di negara-negara lain,” katanya. 

Anwar berkata sehingga kini, kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti dalam usaha untuk melindungi kedaulatan, keselamatan negara serta kepentingan negara dan kes Sulu ini membuktikan bahawa terdapat pencabulan yang nyata terhadap kekebalan kedaulatan Malaysia yang merupakan suatu perkara penting bagi setiap warganegara Malaysia Madani. 

Anwar berkata Kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha melalui apa-apa jua cara bagi menentang eksploitasi dan penyalahgunaan sistem timbang tara antarabangsa termasuk mengambil sebarang tindakan yang perlu bagi mendapatkan kembali segala kos perundangan dari sumber kewangan negara yang terpaksa dibelanjakan dalam menangani tuntutan ini. Kerajaan Malaysia yakin bahawa ia dapat menegakkan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Sekretariat Khas yang juga Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun serta semua kementerian dan agensi berkaitan termasuk peguam antarabangsa serta semua pihak yang terlibat dalam usaha ini. 

Pada 2019, kumpulan Sulu membawa kes itu kepada penimbang tara Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Stampa, yang dilantik oleh kumpulan Sulu itu, pada 28 Feb 2022 telah membuat keputusan yang memihak kepada mereka dan memberikan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu terbabit yang kemudian didapati tidak sah kerana pelantikan beliau sebagai penimbang tara telah dibatalkan oleh Mahkamah Sepanyol.

Kumpulan itu kemudian membawa kes tersebut ke Mahkamah Paris. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Paris pada 14 Mac 2023, mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia terhadap pelaksanaan award akhir tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here