Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Arahan mengosongkan rumah PPR. Hanya untuk penyewa hilang kelayakan: Joachim
Published on: Thursday, June 29, 2023
Published on: Thu, Jun 29, 2023
Text Size:
Text:
Arahan mengosongkan rumah PPR. Hanya untuk penyewa hilang kelayakan: Joachim
Dr Joachim berkata, hanya penyewa yang masih layak menetap di rumah PPR dan ingin terus menyewa selepas tempoh 10 tahun, boleh dipertimbangkan pelanjutan oleh LPPB, dengan kelulusan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Kota Kinabalu: Surat pekeliling Lembaga Perumahan dan Kemajuan Bandar (LPPB) Sabah baru-baru ini pada 19 Jun 2023 mengarahkan penyewa yang telah inggal di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) melebihi tempoh 10 tahun dan telah diarah mengosongkan, adalah hanya terpakai kepada mereka yang hilang kelayakan untuk terus menduduki rumah tersebut.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata Kementeriannya dan LPPB menyesali atas sebarang kesulitan yang timbul akibat ketidaktepatan surat pekeliling kepada penyewa PPR di Negeri itu.

Advertisement
Mengikut Polisi Peruntukan Rumah Kos Rendah Sewa Negeri Sabah yang berkuat kuasa sejak 2018, beliau berkata antara kriteria yang boleh menyebabkan penyewa hilang kelayakan untuk terus menyewa di rumah PPR kendalian LPPB adalah seperti berikut:  

(a) Menduduki rumah secara sewa;

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
(b) Pendapatan melebihi RM3,000.00;

(c) Penyewa atau pasangan mempunyai rumah sendiri;

Advertisement
(d) Penyewa yang menggunakan rumah tersebut sebagai tempat penginapan/stor; Penyewa menjadikan rumah sebagai ‘homestay’ dan/atau penyewa yang mempunyai tunggakan sewa.

“Kementerian dan LPPB akan membentuk Jawatankuasa Kerja bagi melaksanakan langkah saringan status penyewa PPR bagi mengesahkan status kelayakan menyewa unit PPR.

Advertisement
“Langkah ini dijalankan bagi memastikan hanya mereka yang layak dan benar-benar memerlukan (menyewa unit) sahaja yang berpeluang menduduki rumah PPR ini, selain mengelak mereka mencari keuntungan dengan menyewakan rumah PPR, seperti amalan sewa atas sewa.

“Ini juga akan membolehkan pemohon dalam senarai menunggu berpeluang menyewa rumah PPR yang mungkin atau akan kosong nanti,” kata Dr Joachim dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas Kabinet Negeri Sabah mengadakan mesyuarat pada Selasa (27 Jun) berhubung isu surat pekeliling mengenai arahan penyewa PPR yang tinggal lebih 10 tahun supaya mengosongkan unit tersebut.

Kabinet Negeri juga mengambil maklum mengenai garis panduan Sewa PPR Sabah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan berkuat kuasa sejak 2012 di mana tempoh maksimum yang dibenarkan untuk setiap keluarga menyewa di unit PPR ialah 10 tahun.

Bagaimanapun, Dr Joachim berkata, hanya penyewa yang masih layak menetap di rumah PPR dan ingin terus menyewa selepas tempoh 10 tahun, boleh dipertimbangkan pelanjutan oleh LPPB, dengan kelulusan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Beliau berkata Kementerian dan LPPB turut menerima pakai saranan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memperuntukkan beberapa rumah PPR yang dikendalikan LPPB kepada graduan baharu sebagai kediaman sementara atau ‘transit home’ sambil berusaha mendapatkan pekerjaan dan menjadi mampu menyewa atau memiliki rumah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here